Pengenalan

Saya gembira kerana dapat bersama-sama anda dalam majlis penyampaian Anugerah Guru Arif Budiman Dua Ribu Empat Belas (2014) pada hari ini.

Kita akan meraikan kejayaan enam orang guru Bahasa Melayu yang cemerlang. Mereka cemerlang kerana telah berkhidmat dengan penuh dedikasi. Mereka juga telah berjuang untuk bahasa dan budaya Melayu dan menyumbang dengan aktif kepada rakanrakan guru dan masyarakat.

Pentingnya Golongan Guru

Tuan-tuan dan Puan-puan, kita tahu, tidak mudah untuk menjadi seorang guru. Selain mengajar subjek-subjek di sekolah, guru juga melakukan pelbagai tugas dan peranan sampingan seperti pentadbir, pembimbing, jurulatih, kaunselor, ibu bapa, kakak atau abang kepada pelajar mereka. Merekalah suri teladan.

Walaupun kita ada google atau yahoo untuk mencari maklumat yang kita perlukan, kita memerlukan guru untuk membimbing pelajar-pelajar kita cara yang sebaiknya untuk menggunakan maklumat-maklumat tersebut. Oleh sebab itulah guru memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk generasi masa depan warga Singapura.

Guru Daripada Generasi Perintis

Bahkan, ramai ikon masyarakat kita merupakan guru-guru yang aktif menyumbang kepada masyarakat. Contohnya Cikgu Arif Ahmad, Cikgu Suratman Markasan, Cikgu Latiff Mohamad, Cikgu Sidek Saniff, Cikgu Yatiman Yusoff dan banyak lagi generasi perintis yang merupakan guru dan menyumbang kepada pembangunan negara kita.

Sumbangan Pemenang Agab

Kita harus terus menggalakkan guru-guru kita agar menyumbang kepada pembangunan negara. Sejauh ini, tiga puluh (30) orang guru telah menerima Anugerah Guru Arif Budiman sejak anugerah mula diberikan. Mereka telah menyumbang kepakaran mereka dalam pelbagai platfom seperti bengkel, seminar, sesi perkongsian dan sebagainya. Syabas saya ucapkan dan teruskan usaha yang baik ini!

Please allow me to continue the rest of my speech in English.

The Arif Budiman Teacher

It is my pleasure to be here this afternoon to honour our Malay Language teachers for their outstanding contribution in the teaching and learning of Malay Language. We also acknowledge the spirit of AGAB recipients who contributed further to the teaching fraternity such as participating or presenting in regional and international conferences and sharing best practices in professional sharing sessions.

Arif Budiman teacher award recipients 2014

In a speech “Singapore in Transition – The Next Phase” delivered recently at an NUS Society lecture, PM Lee touched on three themes for Singapore as we stand at an ‘inflexion point’. One of the themes he mentioned was that Singaporeans “must never be hard-hearted, but must never shy away from being hard-headed”.

Teachers role-model this quality to students on a daily basis. You make difficult and sometimes unpopular decisions from the student’s point of view. But you do it with a softness of the heart towards your students, assuring them that you care, and pushing them to expect greater things from themselves.

Our AGAB recipients this year exemplify this ability. They are firm when it comes to learning and values but gentle when they need to nurture the hearts of our students. I would like to congratulate our six recipients of this year’s AGAB. They are:

  • Mdm Azizah Shaik Abdul Kadir from Chongzheng Primary School;
  • Mdm Zaleha Ahmad from Park View Primary School;
  • Mdm Nuraina Mohamed Sin from Fuhua Primary School;
  • Ms Nurbaya Ismail from Townsville Primary School;
  • Mdm Yahida Yahya from Yusof Ishak Secondary School; and
  • Mr Ridzuan Abrahim from Pasir Ris Crest Secondary School.

They are very good examples of educators who are Arif and Budiman – a learned person who contributes to the society. My heartiest congratulations to our six recipients of the Arif Budiman Teachers awards this year. I hope you will continue with your good work, and continue to be an inspiration to other Malay Language teachers and students.

Conclusion

In closing, I would like to congratulate the Malay Language Council Singapore, Malay Language Teachers’ Association, Berita Harian and the Malay Language Learning and Promotion Committee for organising this Award Ceremony.

Thank you.